Sunday 7 August 2011

Bapa muda jual mercun dijel sehari

KUALA TERENGGANU Seorang bapa muda berusia 30 tahun terpaksa menerima hakikat pahit apabila Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,800 ke atas tertuduh kerana menjual mercun dan bunga api.
tersenyum selepas dijatuhkan hukuman penjara sehari oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu semalam.
Lebih menyedihkan, Wan Mohd. Hafizal Wan Nawi memberi alasan bahawa dia terpaksa menjual mercun dan bunga api di bazar Ramadan Pekan Manir di sini pada pukul 6 petang lalu untuk mencari duit tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bagaimanapun alasan tertuduh itu tidak diterima oleh Majistret Abdul Hayyi Salim setelah mengambil kira bahaya penggunaan bahan terlarang itu terhadap kepentingan awam.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap kira-kira pukul 6 petang kelmarin di tapak bazar Ramadan Pekan Manir oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Manir yang menjalankan rondaan Operasi Payung.
Siasatan mendapati tertuduh menjual beberapa jenis bunga api. Pihak polis kemudian menemui mercun dan bunga api antaranya jenis 'mighty wisthing' sebanyak 50 batang, 'spring thunder' (20 batang)', 'whisthing moon' (90 batang) dan 'smart boy' (30 kotak).








KISAH BAJU HUJAN

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada umat Islam diseluruh dunia.wah,dah dekat tengari dah.mesti korang letih kan.Puasa bagi penuh tahun ni ok.. Orait,, takyah cakap banyak hari nie Team ICT nak korang layan cerita dialog kisah baju hujan nie dulu.untuk relex tension korang..hehehehehe....(^_^)



Amacam?hahaha..Lurus bendul betul anak dia tuh..ayah suruh amek baju hujan, dia plak leh amek baju yang ada title hujan..haisshh..nasib baik ayah dia puasa,kalau tak.....hehehe







Dialog Ramadhan Di Hadapan Allah

 Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.
Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak.
Allah bertanya “Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?” Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya’qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai. Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Moral & Iktibar

Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak  Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji.
 

Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr.
Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus.Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.
Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.










SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

'ku mengarapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna.."..cewah dah macam artis plak nak nyanyi kat sini..

Hai semua, hari ini kami Team ICT blog SMKN ACCES CENTER nak ucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada sesiapa sahaja yang menjenguk atau 'terjatuh'  secara tak sengaja dan sengajanya kat blog kami nie.

Macam lirik lagu kat sebelah nie, setiap orang inginkan Ramdhan yang penuh makna.Tak kira lah dari segi apa pun.Mungkin Ramadhan kali ini korang berazam 'tak nak lagi ponteng puasa' atau 'Nak bersama orang yang tersayang'....Boleh jew...Tapi ingat, niat kerana ALLAH taala...bukan kerana orang lain..

Apa-apa pun, bagi kami Team ICT blog nie bersyukur kepadaNYA kerana hingga ke hari ini masih lagi berpeluang mengupdate, mengemaskini blog dan membuat muka baru bagi blog kitorang nie.Walaupun banyak halangan yang datang, tapi kami tetap juga meluangkan masa untuk mengupdate dan meletakkan entry-entry yang agak best jugak lah untuk tatapan follower-follower dan kepada viewer di luar sana :) So, terima kasih la banyak-banyak kepada korang pembaca setia blog nie.

Akhir sekali, Jalankanlah ibadah puasa nie dengan otak yang cerdas,hati yang ikhlas, dan jiwa yang mantap.

kena happy macam mamat kat atas nie :)