Misi & Visi SMK NANING



MISI
  • Menyediakan iklim persekolahan yang kondusif untuk mewujudkan budaya keilmuan.
  • Membentuk sahsiah pelajar dedikasi, kreatif, produktif, berdisiplin serta bertanggungjawab.
  • Menjana pelajar yang berketerampilan dalam kurikulum dan kokurikulum.


VISI
  • SMKN ke arah Sekolah Terbaik Daerah Alor Gajah dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.


OBJEKTIF
  • Pengurusan inovatif dan berteknologi terkini, berkualiti serta ke arah sekolah berprestasi tinggi.
  • Pencapaian 100% PMR dan SPM secara berkala pada tahun 2011
  • Mencapai kehadiran pelajar 100%
  • Melahirkan pelajar serba boleh dalam setiap aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah selaras dengan gagasan 1Malaysia
  • Menyediakan iklim persekolahan yang kondusif.


PIAGAM PELANGGAN 

KAMI
WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NANING, BERAZAM AKAN MENUMPUKAN USAHA KAMI UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI SEGI  JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK

JUSTERU ITU KAMI BERJANJI UNTUK :  
  1. Melaksanakan sistem pengajaran dan pembelajaran yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi   memenuhi keperluan pelajar, masyarakat demi keharmonian.
  2. Menyediakan suasana dan iklim persekolahan yang kondusif dengan tuntutan semasa untuk mewujudkan rasa seronok dan selesa demi keharmonian penghuninya.
  3. Membentuk sahsiah pelajar yang dedikasi, kreatif, proaktif, berdisiplin,serta mengamalkan sikap muhibbah dan semangat kekeluargaan 1Malaysia untuk mencapai "Zero Defect" dan konsep "Sekolah Penyayang".